
Kami sedar ramai yang risau untuk mengerjakan haji kerana merasakan haji itu berat dan susah. Sedangkan anda boleh mengikuti panduan haji dengan mudah tanpa perlu pergi kursus haji.
Panduan haji yang mudah dilakukan boleh mengurangkan keresahan buat mereka yang baru merancang untuk menunaikan haji. Berikut adalah panduan yang sesuai bagi jemaah haji tamttu bagi mengerjakan ibadah haji.
Perjalanan anda bermula dari satu tempat bernama Miqat Birr ‘Ali. Di sini anda disunatkan untuk bersolat sunat tahiyatul masjid dua rakaat, kemudian berniat untuk mengerjakan umrah dan berihram kerana Allah Taala.
Ketika ini, anda juga disunatkan untuk bertalbiyah:

Selepas anda tiba di Mekah dan selesai urusan check-in hotel, inilah saat nya untuk mengerjakan umrah.
Semuanya bermula di saat anda memasuki kompleks Masjidil Haram. Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w., anda digalakkan untuk berdoa sebaik sahaja anda masuk ke Masjidil Haram.
Terdapat banyak lagi Sunnah Nabi yang anda boleh amalkan sepanjang umrah. Sentiasa berdoa supaya mendapat haji mabrur.
Larangan Ketika Menunaikan Haji – Larangan Ketika Ihram
Secara umumnya, pantang larang ketika ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
- Larangan ihram yang dikhususkan kepada lelaki sahaja.
- Larangan ihram yang dikhususkan kepada perempuan sahaja.
- Larangan ihram yang umum bagi lelaki dan perempuan.
- Larangan ihram yang dikhususkan kepada lelaki sahaja.
Memakai pakaian berjahit atau bersarung seperti baju, seluar, kain pelikat dan sebagainya – Jemaah dilarang untuk memakai pakaian berjahit atau bersarung seperti baju, seluar, kain pelikat dan sebagainya. Jemaah boleh memakai kain tuala atau kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjuru dengan cara tidak disarungkan ke badan.
Menutup kepala atau sebahagian daripada kepala – Jemaah dilarang untuk memakai pakaian berjahit atau bersarung seperti baju, seluar, kain pelikat dan sebagainya. Jemaah boleh memakai kain tuala atau kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjuru dengan cara tidak disarungkan ke badan. - Larangan ihram yang dikhususkan kepada perempuan sahaja.
Larangan ihram bagi jemaah perempuan adalah sama seperti menunaikan solat iaitu menutup muka. Jika seseorang berada dalam ihram menutup muka dengan kain tudung kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan kain dengan segera apabila dia ingat atau diberi peringatan. Hukumnya tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu melakukannya, maka dikenakan dam. - Larangan ihram yang umum bagi lelaki dan perempuan.
Memakai sarung tangan
Seseorang yang berada dalam ihram dilarang memakai sarung tangan tanpa ada keperluan khusus yang terdesak, seperti penyakit pada tangan ataupun keperluan lain-lain. Jemaah boleh melindungi tangan disebalik kain tudung atau kain ihram.
Memakai wangi-wangian
Diharuskan menggunakan ubat gigi, sabun dan syampu. Niat tujuan adalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Penggunaan deodoran semasa dalam ihram adalah dilarang kerana ia termasuk di dalam perkara berwangi-wangian.
Memakai minyak pada bahagian tubuh
Seseorang yang berada dalam ihram dilarang memakai minyak pada bahagian tubuh seperti kepala,janggut dan semua bulu di muka. Jika terlupa atau tidak sengaja, hendaklah ia menghilangkan kesan minyak itu dengan segera apabila dia ingat atau diperingatkan. Hukumnya tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu melakukannya, hukumnya berdosa dan dikenakan dam.
Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan
Haram bagi jemaah menanggalkan rambut atau bulu walaupun hanya sekerat daripada rambut. Jika menanggalkan rambut atau bulu secara sengaja ataupun tidak atau terlupa, tetap dikenakan dam. Jika rambut atau bulu tertanggal dengan sendiri, maka tidak dikenakan dam.
Mengerat atau memotong kuku
Memotong kuku sama ada banyak atau sikit sama seperti hukum memotong rambut. Jika kuku itu terkopak atau rasa sakit yang terpaksa dipotong, maka diizinkan untuk memotong kuku.
Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Makkah
Menurut mazhab Imam Syafi’i, jemaah tidak boleh mencabut pokok daripada tanah haram keluar ke tanah halal. Jika terlanjur membawa keluar pokok daripada tanah haram, maka hendaklah beristighfar, kemudian kembalikan pokok tersebut di mana-mana bahagian di tanah haram jika berkemampuan. Jika tidak mampu untuk pergi ke tanah haram, boleh wakilkan kepada sesiapa sahaja yang dipercayai untuk meletakkannya kembali di mana-mana bahagian di tanah haram. Jika tidak mampu juga, maka letakkanlah pokok tersebut di mana-mana tempat yang bersih.
Memburu binatang
Para jemaah tidak dibenarkan untuk memburu binatang yang halal dimakan sewaktu berihram dan sepanjang keberadaan di Tanah Suci. Firman Allah S.W.T dalam al-quran, surah Al-Ma’idah, ayat 95:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَاَنْتُمْ حُرُمٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh haiwan buruan, ketika kamu sedang ihram (haji atau umrah).
Lakukan permulaan persetubuhan
Para jemaah dilarang melakukan permulaan persetubuhan sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, layanan isyarat tubuh atau sebagainya.
Bersetubuh
Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
Menurut Imam Syafi’i, seseorang yang dalam keadaan ihram tidak boleh mengadakan perkahwinan, mengahwinkan orang dan menerima wakil kahwin.
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, riwayat Usman bin Affan yang bermaksud,
“Orang yang berihram tidak boleh berkahwin dan mengahwinkan orang lain”.
[Riwayat Muslim, No:1049]
Jika akad nikah dilakukan, maka akad tersebut dikira tidak sah.
Walau sejauh mana bumi dan negara yang pernah dijejaki, tidak akan sama dengan bumi Mekah dan Madinah. Sesiapa yang telah diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah pasti akan mengalami pengalaman yang sama.