Haji merupakan salah satu ibadah dari 5 rukun islam yang wajib bagi yang mampu. Kami berkongsi Panduan Haji ini agar dapat membantu anda dalam menunaikan ibadah Haji yang sempurna.

Berbeza dengan ibadah Umrah, ibadah haji hanya boleh ditunaikan pada waktu tertentu pada bulan haji, iaitu Zulhijah.
Ibadah haji adalah wajib bagi yang mampu, bukan atas dasar kemampuan kewangan semata-mata. Maksud kemampuan dalam ibadah haji adalah dari segi kemampuan fizikal, mental, kesihatan dan juga kemampuan dari segi kewangan.
Maksud Haji
Haji dari segi bahasa arab ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat dari segi syarak bermaksud mengunjungi Masjidil Haram (Kaabah) pada masa-masa tertentu bermula dari bulan Syawal sehinggalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah, serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi menyempurnakan ibadah haji.
Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
Terdapat 5 jenis haji dan 3 cara mengerjakan haji. Jenis-jenis haji adalah Haji Fardhu, Haji Badal, Haji Sunat, Haji Nazar dan Haji Qada’. Manakala 3 cara mengerjakan haji adalah:
- Haji Ifrad
Mengerjakan haji dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan ibadah umrah - Haji Tamattu’
Mengerjakan Umrah dahulu di bulan Haji kemudian menyempurnakan ibadah haji pada tahun yang sama - Haji Qiran
– Cara 1
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakn semua rukuk dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik sahaja selesai menunaikan haji.
– Cara 2
Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji.
Rukun Haji – Apakah Syarat Wajib Haji?
Islam telah menggariskan lima syarat wajib Haji. Antaranya adalah Ihram, yakni niat untuk menunaikan haji dari miqat, Bermalam di Muzdalifah, Bermalam di Mina, Melontar Jamrah ula, wustha, dan aqabah, Tawaf wada’ (bagi jemaah yang akan meninggalkan Kota Makkah).
“Haji itu datang di bumi Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam hari 10 Dzulhijjah sebelum terbit fajar maka sesungguhnya ia masih boleh mendapatkan haji.” .(HR. At-Tirmizi dari Abdul rahman bin Ya’mar RA)
Wajib haji merupakan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam melaksanakan ibadah haji. Jika salah satu perkara dibawah tidak dilakukan, ibadah haji seseorang itu tetap sah, tetapi ia harus mengganti dan membayar dam.
Rukun haji sangat penting dalam menunaikan Ibadah Haji. Untuk terlaksananya Ibadah Haji yang baik sebelum berangkat menuju tanah suci, kita harus memahami dan mengetahui pengertian apa itu hukum haji?
Rukun haji ada lima, iaitu:
- Ihram, Niat Ihram
- Wukuf di Padang Arafah
- Tawaf Ifadah
- Sai’e
- Bercukur
Ihram di Miqat
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.
Niat berihram haji adalah seperti berikut
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى
Ertinya: “Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala”
Wukuf di Padang Arafah
Wukuf di Arafah dilakukan pada 9 Zulhijjah setelah matahari terbenam dan berakhir ketika terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Wukuf bermaksud berhenti serta diam tanpa melakukan pergerakan, dan dilakukan dalam suasana tenang.
Ketika wukuf, seluruh jemaah haji berkumpul di padang Arafah. Selama wukuf, perkara yang dilakukan jemaah di antaranya mendengarkan khutbah wukuf, memperbanyak zikir, membaca Al Quran, dan berdoa kepada Allah SWT.
Wukuf boleh dilakukan secara berjamaah atau sendiri, setelah khutbah wukuf , jemaah boleh menunaikan ibadah solat jamak qasar taqdim Zohor dan Asar.
Bermalam di Mudzalifah
Tempat yang terletak antara arafah dan mina. Seseorang itu hendaklah berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 zulhijjah iaitu Selepas wukuf dan sebelum terbit fajar.
Bermalam di Mina
Bermalam di mina pada hari tasyrik. 11, 12 dan 13 zulhijjah. Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.
Melontar Jamrah
Iaitu melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusto dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan tujuh biji anak batu pada tiap-tiap jamrah. Waktu melontar selepas gelincir matahari pada hari Tasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.
Tawaf Ifadah dan Sai’e
Tawaf Ifadah dilaksanakan oleh setelah pulang dari Mina pada12 atau 13 Zulhijjah atau setelah selesai Wukuf di Arafah. Tawaf Ifadah dilakukan dengan mengelilingi Kabah sebanyak tujuh kali dan tidak mempunyai waktu yang tertentu.
Sai’e merupakan perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Sai’e dilakukan dengan memulakan perjalanan dari Safa ke Marwah dan kembali lagi sebanyak tujuh kali.
Perjalanan dimulai dari Safa dan berakhir di Marwah, dengan syarat dan cara yang tertentu. Ketika jemaah haji berjalan kaki menuju Safa, ia akan menghadap Kaabah dan membaca takbir dan tahlil. Setelah itu jemaah haji boleh terus berjalan menuju ke Marwah sambil berzikir dan berdoa.
Tawaf Wada
Tawaf Wada’ ialah tawaf ‘selamat tinggal’ yang wajib dikerjakan – bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.
Kelebihan Menunaikan Haji
“Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap Kalimah Syahadat (Aku beri’ktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya Junjungan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah) , mendirikan sembahyang lima waktu dan mengeluarkan zakat serta mengerjakan Haji dengan mengunjungi Baitullahil Haram dan puasa di bulan Ramadhan”.Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim
Haji merupakan ibadah yang sangat istimewa, dan bagi mereka yang menjalankannya dengan ikhlas dan tulus, mereka akan diberikan kesempatan untuk memohon keampuanan dosa-dosa masa lalu mereka.
Ini memberikan ketenangan jiwa dan kelegaan serta membuka pintu kehidupan yang lebih baik dengan hati yang bersih dan penbuh keikhlasan.
Ibadah haji juga memberikan kesempatan bagi seorang muslim untuk beribadah di tanah suci Makkah dan Madinah, mengikuti jejak dan sunnah Nabi Muhammad SAW, dan merasakan kebersamaan dengan jutaan muslim dari seluruh dunia.
Selain itu, pelaksanaan haji juga menguatkan ikatan sosial antara umat Islam dari seluruh dunia dan membantu mendorong pemahaman yang lebih baik tentang Islam dan kehidupan muslim secara keseluruhan.
Tambahan pula, kita sering mendengar cerita-cerita menarik semasa menunaikan haji atau umrah selain ganjaran hebat dari Allah. Di sini kami kongsikan serba-sedikit nikmat bagi mereka yang mengerjakan haji:
1. Antara Amalan Terbaik
2. Satu Bentuk Jihad
3. Menghapuskan Dosa-Dosa Silam
4. Menjadi Tetamu Allah
5. Dijanjikan Syurga
6. Berbelanja Ke Jalan Allah
Persediaan Sebelum Menunaikan Haji
Sebelum menunaikan haji di Mekah, perkara-perkara sunat boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat haji.
Antara persediaan haji adalah:
Memotong kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, mencabut bulu ketiak, menggosok gigi dan membersihkan anggota badan
– Mandi sunat ihram
– Mengambil wudhu’
– Memakai pakaian ihram selepas mandi sunat ihram
– Solat sunat ihram, boleh dilakukan di hotel atau di Miqat sebelum niat ihram
Barangan Kelengkapan Haji
Berikut adalah senarai kelengkapan haji yang perlu ada dalam checklist:
- Pasport: Pastikan pasport Anda masih aktif minimun enam bulan sebelum tarikh berangkat. Juga, anda telah mendapatkan VISA Haji dari pengedali syarikat pelancongan(Pakej Haji Swasta) atau Tabung Haji.
- Tiket Penerbangan: Pastikan anda telah mendapat salinan dan pengesahan tiket penerbangan dari syarikat Pelancongan atau Tabung Haji.
- Vaksinasi dan Dokumen Kesihatan: Periksa sahkan vaksinasi yang diperlukan untuk tujuan haji. Pastikan Anda telah menerima vaksinasi yang diperlukan dan membawa semua dokumen dan sijil vaksinasi yang diperlukan.
- Pakaian Ihram: Sediakan dua helai pakaian ihram untuk lelaki dan pakaian yang sopan dan longgar untuk wanita. Pastikan Anda juga membawa selendang atau tudung untuk perempuan.
- Alatan dan Kelangkapan Solat: Bawa sejadah, kain sembahyang wanita, tasbih, dan kelengkapan solat lain untuk digunakan semasa mengerjakan ibadah haji.
- Ubatan dan Peralatan Medikal: Jika anda memerlukan ubatan tertentu seperti sakit dan juga alahan, pastikan anda membawa persediaan yang cukup untuk sepanjang perjalanan. Bawa juga peralatan seperti plaster, Ubat antidiarea, dan ubatan umum lainnya.
- Wang Perbelanjaan Yang Mengcukupi: Bawa wang tunai dalam mata wang negara tujuan serta kad kredit/debit Anda. Jangan lupa membawa salinan dokumen penting seperti pasport, tiket, dan bukti tempahan hotel.
- Buku Panduan Haji: Bawa buku panduan haji yang berguna sebagai rujukan selama pelaksanaan ibadah haji. Jika anda adalah jemaah kami, kami akan menyerahkan sebelum penerbangan.
- Label beg dan telekung
- Buku Doa
- Botol spray wudhu’
sebagai peringatan, anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengelakkan diri agar tidak melakukan larangan-larangan di atas. Moga memperoleh ibadah haji yang mabrur.