“KAMI SAMBUT SERUANMU YA ALLAH”
Kembara Fitrah Travel & Tours Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pelancongan milik penuh bumiputra yang beribu pejabat di selatan Semenanjung Malaysia.
Syarikat ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 6 Jan 2023 dengan menawarkan Pakej Percutian Mesra Ibadah bagi dalam dan luar negara termasuk umrah dan ziarah. Syarikat ini diterajui oleh Mej Zainuddin bin Mahram (B) yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pelancongan dalam dan luar negara serta berpengalaman sebagai pembimbing jemaah umrah.
Syarikat kami juga memberikan perkhidmatan menguruskan tiket penerbangan antarabangsa dan domestik, pakej pelancongan bagi keluarga, lawatan penyelidikan pelajar, perjalanan syarikat, lawatan rasmi kerajaan atau badan berkanun, pakej bulan madu, pakej umrah, permohonan visa dan perkhidmatan pengangkutan.
“Menjadi rakan perjalanan pilihan utama dan membawa inspirasi kepada pelanggan untuk meneroka dunia dan meraih keberkatan dan redha Allah SWT melalui pengalaman perjalanan percutian dan umrah yang istimewa.”
Kembara Fitrah Travel merupakan peneraju pakej pelancongan Mesra Ibadah & dipercayai di Malaysia. Pelbagai pakej pelancongan dan umrah khas untuk anda dan keluarga dengan harga yang menarik dan berpatutan. Menyantuni anda dari hati & penuh hikmah dengan motto “Kami Sambut SeruanMu Ya Allah”.
Dimiliki oleh KEMBARA FITRAH TRAVEL & TOURS SDN BHD Lesen Kementerian Pelancongan: KPL 10801