Maklumat Am
Langkah 1
Jemaah boleh datang secara terus ke pejabat Kembara Fitrah Travel & Tours Sdn Bhd di Parit Raja, Batu Pahat, Johor atau terus ke laman web www.kembarafitrahtravel.com atau melalui sosial media (Wakil Jualan), Ejen Umrah kami https://www.kembarafitrahtravel.com/senarai-nama-ejen-kembara-fitrah-travel/
Jumlah Deposit adalah RM1000/seorang
Langkah 2
Baki pembayaran penuh, hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan
Langkah 3
Bayaran terus kepada:
Kembara Fitrah Travel & Tours Sdn Bhd
MAYBANK (564593326736)
atau melalui toyyibpay
Langkah 4
- Hantar bukti (resit) pembayaran kepada HQ (sekiranya berdaftar dengan HQ) atau kepada Wakil Jualan Ejen Umrah (sekiranya berdaftar dengan ejen)
- Pastikan jenis Pakej yang dipilih dan maklumkan.
Untuk pendaftaran dan tempahan pakej umrah, wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM 1000 seorang sebagai fi penempahan. Bayaran wang pendahuluan (deposit) seawal mungkin akan menjamin tempat anda.
Pakej Termasuk:
- Tiket penerbangan pergi & balik (kelas ekonomi) beserta cukai lapangan terbang
- Elaun bagasi (kargo) & handcarry-mengikut jenis penerbangan
- Makan di dalam pesawat mengikut jenis penerbangan
- Visa (untuk Warganegara Malaysia sahaja – jika perlu)
- Sarapan pagi (International buffet), makan tengahari & makan malam mengikut jenis pakej tertentu.
- Pengangkutan mengikut jumlah peserta yang selesa.
- Tiket masuk kesemua tempat lawatan seperti yang dinyatakan di dalam broser
- Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman
- Disertakan ketua rombongan dari Malaysia yang terlatih
- Cenderamata (trolley bag) , lanyard , buku doa Umrah dan Ziarah (bergantung kepada jenis pakej)
- Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah yang menggunakan Visa Umrah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam—zam secara percuma. Walau bagaimanapun Kembara Fitrah Travel tidak boleh dipertanggungiawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam—zam di atas apa—apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia (bergantung kepada kelulusan pihak Kerajaan Arab Saudi).
Pakej TIDAK TERMASUK:
- Tips pemandu pelancong dan pemandu bas.
- Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang & di hotel (Perkhidmatan porter untuk mengangkat beg)
- Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi
- Sebarang perubahan kadar mata wang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Tambahan caj visa bagi bukan warganegara Malaysia. (jika perlu)
- Makan minum semasa tempoh transit melainkan dinyatakan.
- Bayaran tambahan teksi ke hospital atau mana—mana tempat lain bagi urusan peribadi jemaah
(ditanggung oleh jemaah). - Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
- Tambahan caj mengendors dokumentasi bagi jemaah bukan warganegara Malaysia (jika perlu).
- Dokumen seperti passport, gambar, suntikan umrah ACYW135.
Anda Perlu Menyediakan
- Pasport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan & masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan.
- Buku suntikan Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135).
- 4 keping gambar berukuran 4cm x 6cm, latar belakang berwarna putih, wanita bertudung gelap manakala lelaki tidak boleh memakai songkok/kopiah.
- Boleh rujuk manual Saudi Visa Bio dengan cara mengimbas barcode yang disediakan.
– Mengimbas muka depan pasport, wajah dan 10 jari. Bagi yang ada masalah, dokumen tambahan perlu dimuatnaik dalam aplikasi Saudi Visa Bio. Dokumen perlu dalam bahasa inggeris dan bahasa arab sahaja. - Bagi yang telah memperolehi kelulusan visa umrah (MOFA) yang TIDAK BOLEH DICETAK disebabkan tidak berjaya membuat Bio Matrik jemaah perlu membuat tambahan bayaran untuk permohonan visa pelancong sebagai visa baru. *Jika perlu
- Wang cagaran RM10,000 dikenakan bagi negara-negara tertentu sahaja.
- Bagi yang bukan warganegara Malaysia, sila rujuk dengan pejabat Kembara Fitrah Travel & Tours Sdn Bhd bagi memastikan dokumen yang diperlukan seperti di bawah.
- Kemudahan permohonan visa umrah (easy apply) bagi semua wargenegara kecuali negara-negara seperti Iran, Yamen, Libya, Palestne, Syrian, Afghanistan dan negara yang tiada pejabat konsulat Saudi Arabia.
- Permastautin Tetap (Permanent Residence)
Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra atau Kad Pengenalan Original. - Jemaah Lelaki:
Pengesahan status menetap dan pekerjaan / Statutory Declaraton stats Permanent Residence and job stats disahkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra. - Jemaah Wanita (Women Group):
Surat izin (Letter of consent) dari suami / anak / adik beradik lelaki perlu disahkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra. - Permit/Visa Pekerja
(Employment Pass – Multiple Entry) Surat Pengesahan Majikan yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. (Surat Pengesahan perlu berbahasa Inggeris ) - Visa Pelajar (Student Visa – Multiple Entry).
Surat Pengesahan dari Kolej/Universi/Sekolah yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. ( Surat Pengesahan perlu berbahasa Inggeris) - Visa Keluarga (Social Visit / Dependent Pass) (Multple Entry).
Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir disahkan oleh kedutaan masing-masing dan Wisma Putra. Visa/Permit perlu sahlaku 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan visa. - Visa/permit jaminan anak (Tajaan)
Perlu mendapatkan surat perlepasan dari tajaan serta menyediakan dokumen yang menunjukkan hubungan dan disahkan oleh jabatan tertentu dan Wisma Putra. - Kategori Visa Sponsor / Tajaan
Surat izin (Letter of consent) dari penaja dan perlu disahkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sumpah serta Wisma Putra dan dokumen sokong. Dokumen sokongan boleh rujuk kaitan mahram sepert di atas. - Bagi Pembantu rumah (Maid) Jika umur bawah 45 tahun
– Majikan wajib pergi bersama-sama.
– Surat majikan perlu cop Wisma Putra & Notary Public - Bagi Pembantu rumah (Maid) Jika umur atas 45 tahun
– Surat majikan perlu cop Wisma Putra & Notary Public
** Hal-hal lain tertakluk pada budi bicara kedutaan Arab Saudi
Ini bermaksud:-
1. Sebelum jemaah menghantar passport, proses biometrik jari perlu dibuat sendiri oleh jemaah atau dibantu oleh pegawai di Cawangan. (Sila simpan salinan passport untuk rujukan)
2. Proses scan biometrik wajah & jari perlu dibuat menggunakan smartfon yang ada resolusi gambar yang berkualiti tinggi.
3. Proses ini di buat melalui apps Saudi Visa Bio. Jemaah perlu muat turun apps Saudi Bio Visa di GooglePlay Store untuk pengguna android dan pengguna IPhone melalui Appstore.
4. Boleh lihat video panduan Saudi Visa Bio di https://youtu.be/AiJBXwtQu_E?si=lli5a0guln425Jdt
5. Hanya untuk visa umrah sahaja. Proses visa tourist masih seperti biasa setakat hari ini.
6. Hanya bayi di bawah 2 tahun sahaja tidak perlu membuat bio visa.
Langkah kedua: Imbas passport anda menggunakan kamera belakang. Untuk memastikan imbasan terbaik, elakkan silau atau bayang-bayang pada passport. Mohon semak maklumat seperti nombor passport, nama jemaah, tarikh lahir dan tarikh luput passport dan lain-lain.
Langkah ketiga: Imbas wajah anda menggunakan kamera hadapan untuk pengesahan identiti.
Langkah keempat: Imbas cap jari anda menggunakan camera belakang. Kaedah terbaik untuk mendapatkan scan yang baik ialah:
1) Pastikan latar belakang gelap, berbeza dengan warna kulit anda.
2) Kekalkan jari anda sepanjang proses tangkapan.
Langkah kelima : Selepas selesai membuat saudi visa bio apps, dalam masa sehari jemaah akan dapat email Enrollment Confirmation dan Enrollment ID perlu diberi kepada pegawai pemasaran atau File Manager.
Jika para Jemaah mempunyai masalah dalam proses ini, boleh datang ke HQ Kembara Fitrah Travel atau Wakil Jualan Ejen Umrah di kawasan jemaah
Terdapat sesetengah jemaah mengalami cap jari yang tidak dapat dibaca disebabkan alur jari atau memang terdapat masalah cap jari. Kaedah untuk melakukan Biometrik bagi jemaah yang mengalami masalah cap jari rosak ialah :
Jemaah boleh ke klinik SWASTA untuk mendapatkan Surat Pengesahan dalam Bahasa English untuk UNREADABLE THUMBPRINT dari klinik berkenaan.
INFO PENTING
Untuk makluman, setakat ini negara yang wajib menggunakan Saudi Biometrik adalah seperti di bawah:
1) Malaysia
2) United Kingdom
3) Tunisia
4) Bangladesh
5) Kuwait
Selain nama negara di atas tidak perlu membuat biometrik.
- Jemaah perlu memberitahu jadual dialisis kepada pengawai Kembara Fitrah Travel dan berikan 3 bulan terkini laporan dialisis dari hospital. Anggaran kos dialisis untuk hospital swasta adalah 1500SR setiap kali rawatan (untuk 3 kali rawatan 4500SR) tidak termasuk kos teksi pergi dan balik ke hotel.
- Rawatan menggunakan Visa Umrah adalah PERCUMA
Maklumat Penting
- Dokumen dialisis yang terkini 3 bulan akhir LENGKAP sebelum penerbangan
- Dokumen dan maklumat jemaah diserah sebulan sebelum atau paling lewat 2 minggu sebelum penerbangan kepada pihak Kembara Fitrah Travel.
- Maklumkan tarikh rawatan di Madinah dan Makkah kepada pihak Kembara Fitrah Travel
- Staff perlu menunggu sehingga habis rawatan pesakit (jemaah) di Hospital Swasta Makkah kerana perlu sebagai perantaraan komunikasi antara jemaah dan doktor (pihak hospital)
- Staff perlu menunggu sehingga habis rawatan di Hospital Madinah sekiranya perlu
- Dokumen kesihatan tetap perlu dibawa untuk rujukan hospital swasta walaupun rawatan di hospital swasta akan buat dari A to Z
- Kos tambang teksi termasuk kos staff Kembara Fitrah yang bersama membawa pesakit (jemaah) ke hospital
Tempat Rawatan Di Mekah
Rawatan di Hospital KERAJAAN Mekah
- Buat masa kini berlaku masalah untuk mendapatkan slot rawatan kerana terlalu padat dan ramai pesakit dialisis di hospital kerajaan Mekah
- Pihak hospital akan mengutamakan rakyat tempatan terlebih dahulu
Rawatan di Hospital SWASTA Mekah
- Hospital Swasta Bashaarahel
- Tambang teksi SR 200 pergi balik
- Kos Rawatan 1 : SR 1200 ke SR 1500
- Kos Rawatan 2 & 3 : SR 1000 ke SR 1200
- Hanya ada 3 mesin sahaja di hospital swasta Makkah Proses menunggu tetap ada antara 8 jam ke 10 jam
- Tidak terima temu janji untuk rawatan di hospital swasta Makkah (walk in sahaja) tetap perlu tunggu rawatan walaupun penuh dengan pesakit lain
- Jika semasa rawatan MRI dijalankan pesakit di dapati ada sakit yang lain pesakit akan di arahkan ke hospital kerajaan terlebih dahulu untuk rawatan sakit tersebut sebelum rawatan dialisis.
Tempat Rawatan Di Madinah
Rawatan di Hospital KERAJAAN Madinah
- Tambang SAR 15-20 sehala ke Hospital Kerajaan Madinah
- Buat masa ini tiada masalah untuk mendapatkan slot rawatan di hospital kerajaan Madinah
1) Malik Fahd
- Hospital Kerajaan ini juga menyediakan mesin dialisis pesakit HIV dan Hepatitis dan dialisisdialisissis buah pinggang
2) Medical Rehabilitation
- Andalusia akan dapatkan slot rawatan melalui tempahan beberapa hari lebih awal. Peruntukan rawatan hanya 3 jam sahaja. Tidak menyediakan mesin untuk pesakit dialisis HIV dan Hepatitis HANYA Dialisis Buah Pinggang sahaja.
3) King Abd Aziz Hospital, Dialysis Project
- Sekiranya penuh pesakit di hospital no 1 dan 2 maka akan ke Hospital ini .
- Peruntukan rawatan 3-4 jam. Tidak menyediakan mesin untuk pesakit dialisis HIV dan Hepatitis HANYA Dialisis Buah Pinggang sahaja.
Rawatan Hospital SWASTA Madinah
1) Dar Hospital, Qubaa
- Hospital Swasta yang memakan kos rawatan SAR1500 pada rawatan pertama dan SAR500 untuk rawatan yang seterusnya. Juga dengan cara tempahan beberapa hari lebih awal. Agak mahal kerana untuk rawatan pertama tu dilakukan ujian darah dalam makmal (laporan serology) sebelum jalani rawatan dialisis. Laporan serology jemaah dari hospital Malaysia tidak diterima.
2) Rahmah
- Hospital swasta. Kos rawatan antara SAR600-700. Mendapatkan slot rawatan melalui tempahan beberapa hari lebih awal.